Skip to main content

Permotoran

Moto2: Hafizh Syahrin jangka berlumba di Litar Aragon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hafizh-syahrin-2.jpg
Pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah, selesai menjalani ujian imbasan (MRI) bagi memastikan dirinya berpeluang untuk berlumba hujung minggu ini di Litar Aragon, Sepanyol, berikutan dihantui kecederaan lama. 

Pelumba NTS RW Racing itu mempamerkan susuk tubuhnya yang membengkok ekoran masalah tulang  belakang di bahagian L4 dan L5 hingga menjejaskan tunggangan yang menyaksikannya mengakhiri saingan Moto2 dalam MotoGP British, di tangga ke-21 minggu lalu. 

"Insya-Allah (boleh berlumba). Semalam saya ada cuba melakukan aktiviti seperti berlari. 

"Sebenarnya saya sudah dapat keputusannya, tapi ia ditulis dalam bahasa Sepanyol. 






"Jadi saya terpaksa tunggu hari ini. Tapi berdasarkan laporan akhbar, mungkin ada sesuatu yang perlu saya ambil berat.

"Buat masa ini badan saya lebih baik berbanding di (perlumbaan) United Kingdom minggu lalu. 

"Masih ada sedikit (rasa sakit) tapi tidaklah seteruk ketika di UK," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Advertisement

Must Watch Video