Skip to main content

Sukan Lain

Monfils gembira raih gelaran Terbuka Qatar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

070118monfils.jpg
Gael Monfils gembira apabila kembali pada tahap terbaik selepas menjuarai Terbuka Qatar dengan menewaskan Andrey Rublev dalam straight set dalam aksi final.

Wakil Perancis itu menamatkan saingan musim 2016 di tangga keenam dunia tetapi tergelincir ke tangga ke-46 pada 2017 selepas bertarung dengan beberapa masalah kecederaan dan menarik diri daripada enam kejohanan.

Mengambil peluang di atas penarikan diri Dominic Thiem, Monfils mudah mengatasi pemain berusia 20 tahun, Rublev, dalam tempoh 61 minit untuk mencipta kemenangan 6-2, 6-3.

"Saya sangat gembira," katanya. "Saya amat menggemari kejohanan ini. Saya akan sentiasa kembali ke sini dan akhirnya meraih kejuaraan ini. Saya sangat gembira dan berbangga dengan kemenangan ini.

"Saya telah menunggu saat yang terbaik apabila kembali ke tahap terbaik saya. Saya akan cuba mengekalkan momentum ini bagi musim 2018."
 

Advertisement

Must Watch Video