Dana Amanah ‘game changer’ sukan negara!
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan perancangan penubuhan Dana Amanah Sukan Negara bagi menyelamatkan sukan tenat selain mengubah landskap pembiayaan sukan negara.
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, ini bukan sekadar dana jangka masa panjang, malah sebagai platform untuk menarik badan korporat dengan objektif luar biasa ini bagi menyalurkan bantuan kewangan kepada persatuan sukan (NSA) sebagai satu usaha memajukan sukan Malaysia.
Antaranya pelepasan cukai berganda kepada badan karporat yang menyumbang.
"Misalnya pelepasan cukai berganda. Ini adalah (bentuk) insentif yang dicadangkan kepada kerajaan.
"Ia harus jelas untuk menarik minat sektor swasta khususnya sukan yang sukar menarik penajaan," katanya ketika sidang media hari ini.
Dana ini, sekali gus memberi jaminan bebas politik menerusi pentadbiran profesional yang dipantau lembaga pemegang amanah.
"Jadi, kami akan melalui proses itu kerana ia harus memiliki garis panduan untuk diikuti supaya orang tahu apakah insentif yang ada.
"Kita harus ada konsep dan proses itu.
"Apabila sudah siap, ia harus bebas daripada kekangan politik, kerana sukan adalah badan yang diselia oleh orang berpengalaman yang sangat meminati sukan," tambahnya.