SUKAN SEA
MOM perhalusi sistem pemilihan atlet ke Sukan SEA 2025
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bakal bekerjasama dengan setiap persatuan sukan untuk memilih atlet yang betul-betul layak ke Sukan SEA 2025 di Bangkok, Thailand.
Menurut Setiausaha Agong MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib, menegaskan berkenaan sistem pemilihan atlet menjadi perkara utama sebelum disenaraikan dalam temasya dwitahunan itu.
"Minggu ini kami sudah berjumpa setiap persatuan sukan dan kami mahu melihat lebih baik ada satu kriteria kelayakan untuk setiap sukan berbanding sebelum ini, yang hanya menggunakan satu sistem kelayakan yang ada kategori A dan kategori B.
Iklan
"Macam sistem lama, semua berharap kepada rekod lama contohnya harus menjadi juara Sukan SEA, juara Sukan Malaysia (SUKMA), jadi rekod ini terlalu lama kita perlukan pencapaian terkini.
"Bila ada kriteria kelayakan itu, kami akan melihat kejohanan terdekat mereka sebelum Sukan SEA yang diluluskan oleh badan induk persatuan sukan dunia dan Asia.
"Jadi, kami nak ke arah lebih telus dan juga lagi terperinci supaya atlet tahu pencapaian sendiri dan apa yang mereka kena hadapi,” katanya.
Must-Watch Video