Skip to main content

E-Sukan

MLBB MSC: Homebois selesa dengan imej rendah diri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ervan-pratama.jpg
Homebois masih selesa dengan status bukan pilihan meskipun muncul pasukan kedua terbaik negara menjelang Mid Season Cup (MSC) di Riyadh, Arab Saudi, 10 Julai ini. 

Naib juara Liga Profesional Mobile Legends Bang-Bang Malaysia (MLBB) Musim Ke-15 itu enggan mengulangi kesilapan dalam MSC tahun lalu berikutan tersingkir dalam pusingan suku akhir.

Jalan cerita Homebois musim ini bagaikan mimpi yang jadi kenyataan memandangkan pemiliknya, Nureddy 'Daddy Hood' Nursal, mengambil pendekatan berbeza dengan membariskan pemain muda meningkat naik selain ketiadaan pemain import berstatus bintang.

Dan ia membuahkan pulangan sepantas kilat untuk sekali lagi berjaya mewarnai MSC buat tahun kedua berturut-turut.

Atas dasar itu, Homebois realistik dengan kemampuan pasukan dan pada masa sama, enggan terlalu menghormati lawan khususnya dari Filipina mahupun Indonesia.

Sebaliknya, skuad kendalian Ervan Pratama itu memberi tumpuan  khas terhadap struktur menyerang sepasukan yang menjadi elemen nilai tambah kekuatan Homebois, di samping pengaruh Veldora dan Vaanstrong musim ini.

"Kami akan menggunakan tempoh dua minggu ini untuk persiapan.

"Banyak kemas kini dilakukan jadi ia akan menjadikan permainan ini semakin menarik. 

"Kami perlu segera menyesuaikan dan lambat-laun kami juga pasti mampu mengikut rentak. 

"Kemas kini ini ada baik dan buruknya, bukan sahaja buat kami tetapi turut melibatkan pencabar yang lain," kata  mid aner Homebois, Irwandy Lim.
 

Advertisement

Must Watch Video