MPL MY
MLBB MSC: SRG.OG perah otak pertahan kejuaraan
Juara hatrik Liga Profesional Mobile Legends Bang-Bang Malaysia (MLBB), Selangor Red Giants (SRG.OG Esports), dalam fasa mengubah komposisi kekuatan pasukan berikutan kemas kini terbaru permainan itu yang menyajikan kelainan menerusi pengenalan hero baru.
Ia secara tidak langsung menjanjikan persaingan terbuka dalam Mid Season Cup (MSC) sempena Piala Dunia E-Sports 2025 di Riyadh, Arab Saudi, 23 Julai depan.
Kemas kini data permainan membuatkan pasukan handalan dunia seperti SRG.OG Esports itu merencana strategi pertempuran baru di Land of Dawn selain melibatkan perubahan pemilihan hero bagi setiap komposisi permainan -- tank, fighter, assassin, mage, marksman dan support.
Iklan
Sejak pengenalan watak baru ini maka kualiti persembahan tambahan akan dikemas kini secara berkala mengikut ketetapan syarikat yang membangunkan permainan MLBB iaitu Moonton.
Atas dasar itu, dua figura hebat barisan kejurulatihan SRG.OG iaitu Arcadia dan OzoraVeki perlu memerah otak mengenai corak pertempuran terbaik demi mempertahankan kejuaraan dunia yang dimenangi tahun lalu.
Antara hero yang dimainkan majoriti pasukan elit dunia ketika ini, Zetian, memiliki keunikan dan kekuatan tersendiri dan pakar dalam berdepan dengan senario 'damage magic' yang tinggi serta menggawal pertempuran.
Kemas kini peranti permainan ini secara tidak langsung bakal menjanjikan kelainan dalam aspek pendekatan SRG-OG, dan setiap pemain harus segera menyesuaikan diri dengan proses transisi ini andai mahu mengekalkan mahkota kejuaraan yang dimenangi di lokasi itu serupa musim lalu.
Selain itu, barisan kejurulatihan turut berdepan kesukaran mencari kekuatan yang seimbang dakan aspek corak permainan yang terlalu bergantung kepada kekuatan sesetengah hero.
Situasi ini menyulitkan perubahan strategi pertempuran andai corak permainan dibaca pihak lawan dan ia sesuatu yang sedang difikirkan Arcadia sebelum mereka ke Riyadh.
"Kami akan menggunakan tempoh dua minggu ini untuk persiapan.
"Banyak kemas kini dilakukan jadi ia akan menjadikan permainan ini semakin menarik.
"Kami perlu segera menyesuaikan dan lambat-laun kami juga pasti mampu mengikut rentak.
"Kemas kini ini ada baik dan buruknya, bukan sahaja buat kami tetapi turut melibatkan pencabar yang lain," katanya.
Must-Watch Video