Skip to main content

E-Sukan

MLBB MSC: SRG.OG berperang dengan masa cari semula keserasian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

srg-sekysss.jpg
Juara bertahan MLBB Mid Season Cup (MLBB MSC), Selangor Red Giants OG (SRG.OG), berperang dengan masa untuk kembali membentuk keserasian dalam misi mempertahan kejuaraan di Riyadh, Arab Saudi ketika ini.

Juara hatrik MPLMY itu berdepan detik cemas tewas mengejut kepada Mythic Seal dari Myanmar dan terjatuh ke lower bracket.

Senario getir yang dilalui SRG.OG ketika ini bagaikan sudah dijangka selepas mendominasi saingan elit dunia musim lalu.

Ini disebabkan oleh pelbagai usaha daripada pasukan handalan dunia dalam mengkaji kekuatan dan kelemahan skuad Gergasi Merah itu.

SRG.OG kembali bernyawa hasil kemenangan straight games ke atas CFU Gaming untuk mara ke suku akhir.

Halangan seterusnya buat wakil negara itu ialah pasukan Indonesia, RRQ Hoshi, dengan format 'best of five' penghujung bulan ini.

Jungler terbaik dunia edisi lalu, Sekysss, sudah pasti akan terus dijadikan sandaran untuk mereka mempertahankan kejuaraan.

Ketua jurulatih SRG.OG, Coach Arcadia, berkata kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis: "Sekysss sentiasa antara Jungler terbaik di dunia, dia menunjukkan bertapa dia memiliki kemampuan.

"Mungkin ramai sudah terlupa dia merupakan MVP tahun lalu. Saya hanya berharap dia kekal rendah diri, konsisten dan saya amat percaya dengan kemampuannya. Saya yakin masih banyak yang boleh ditunjukkannya dalam kejohanan ini.

"Kami baru menunjukkan satu daripada cara permainan kami dan masih ada banyak gaya permainan lain yang boleh digunakan dalam MSC ini."
 

Advertisement

Must Watch Video