Skip to main content

E-Sukan

MLBB MSC: MPLMY S15 tawar dua slot ke MSC 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mlbb.jpg
Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPLMY) musim ke-15 secara rasmi akan menerima dua slot ke kejohanan utama dunia e-sukan, World Cup (EWC) x Mid Season Cup (MSC) 2025.

Perkara itu disahkan oleh EWC dalam satu hantaran di media sosial miliknya.

https://www.instagram.com/share/_6KSiDNvn

Sebelum ini MPLMY hanya menerima satu slot ke kejohanan utama dunia itu menerusi juara MPLMY musim ke-13, Selangor Red Giants (SRG).

Tatkala naib juara MPLMY musim ke-13, Homebois, hanya menerima slot ke pusingan Wild Card sebelum layak ke kejohanan utama EWCxMSC 2024.

Dan edisi 2025 pula akan menampilkan 16 pasukan terbaik dunia dengan tarikh ditentukan kelak. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Esports World Cup (@ewc_en)



Selain Malaysia, Indonesia dan Filipina juga turut memperoleh dua slot ke kejohanan utama dunia itu.

Dalam pada itu, SRG mencipta sejarah Malaysia selepas menjuarai saingan EWCxMSC 2024 menewaskan wakil Filipina, Falcon AP. Bren.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video