Skip to main content

E-Sukan

MLBB MSC: Homebois tiada gentar meski kurang berpengalaman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

homebois.jpg
Menjelang pertempuran pertama Homebois dalam MLBB Mid Season Cup (MSC) malam ini yang juga ulangan perlawanan peringkat suku akhir tahun lalu, jurulatih pasukan, 'Coach Erpang' sama sekali tiada gentar.

Meskipun Homebois berwajah baru musim ini dan kurang pengalaman memandangkan dibarisi jurulatih dan pemain yang baru, berbanding lawan Flash yang hanya menukar pemain di posisi EXP Laner tahun ini.

"Kami semakin berkeyakinan. 

"Mana tahu mampu menyasarkan tempat ketiga atau keempat teratas," kata Coach Erpang. 

Bagi jungler homebois, muhammad ikmal hakimy, tiada pengalaman bertemu lawan sebelum ini, bermakna pasukannya perlu berwaspada dengan ancaman yang bakal dihadapi.

"Mereka mampu mempelbagaikan hero mereka," katanya pula. 
 

Advertisement

Must Watch Video