Skip to main content

E-Sukan

MLBB MSC 2025: SRG.OG langkah kanan di Riyadh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

srg.jpg
Selangor Red Giants.OG Esports memulakan kempen Mid Season Cup 2025 di Esports World Championship dengan langkah kanan selepas membenam pasukan Virtus.pro 2-1.

Aksi kumpulan A menyaksikan juara MSC 2024 tiada masalah menundukkan juara saingan 'Wildcard' untuk mara ke pusingan separuh akhir Upper Bracket yang bakal bertemu dengan wakil Burmese, Mythic SEAL.

Skuad Virtus walaubagaimanapun berjaya memungut 1 kemenangan menentang SRG.OG, namun terpaksa akur dengan kekalahan dan bakal bersaing di peringkat suku akhir Lower Bracket menentang skuad  Corinthians.






Team Liquid PH dan Onic juga berjaya menempah slot ke pusingan separuh akhir Upper Bracket. Jika SRG.OG meraih kemenangan dalam aksi menentang Mythic, mereka akan mengesahkan tiket ke saingan kalah mati.

Dalam pada itu, hari kedua peringkat kumpulan akan menyaksikan satu lagi wakil Malaysia, iaitu Homebois yang bakal menentang Team Flash di saingan kumpulan B.

Advertisement

Must Watch Video