MLBB MSC 2024: Selangor Red Giants, Homebois layak ke pusingan kalah mati

Saufi Tahir
Julai 6, 2024 22:38 MYT
Selangor Red Giants (SRG) dan Homebois berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati saingan Mid Season Cup 2024 (MSC), yang akan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi, hari ini.
SRG mengumpul lima mata secara keseluruhan dalam saingan Kumpulan B selepas menewaskan juara bertahan wakil Indonesia, Fnatic Onic dan wakil tuan rumah,Team Falcon dengan kemenangan bersih.
Sementara itu, Homebois juga berjaya ke pusingan kalah mati selepas menamatkan saingan peringkat Kumpulan C di tangga kedua dengan mengumpul empat mata di bawah pasukan Liquid Echo.
Dua wakil Malaysia ini akan meneruskan saingan peringkat kalah mati yang akan bermula pada 10 hingga 14 Julai nanti.
#ESukan #Homebois #Selangor Red Giants #MLBB MSC 2024