Saingan MLBB MSC 2024 peringkat Kumpulan B hari ini menyaksikan wakil Malaysia, Selangor Red Giants, tidak berdepan masalah untuk mengatasi wakil Arab Saudi, Team Falcons

Pertarungan di 'turtle' pertama membawa padah buat Team Falcons selepas Kramm memulakan pertarungan menyebabkan Ding ditewaskan dan 'turtle' pertama menjadi milik SRG.

Umpan menjadi buat SRG selepas sekali lagi Ding menjadi mangsa pemain mereka dan tidak cukup dengan itu, inisiasi dilakukan Yums berhasil dan Kenji dengan serta merta tewas.

Team Falcons cuba untuk membuat serangan balas yang dimulakan oleh Kenji tetapi semuanya menjadi sia-sia apabila pemain SRG dengan mudah menterbalikkan situasi itu.

Kemenangan dalam game pertama hadir buat SRG pada minit ke 10.53, di mana Team Falcons tampak tidak mampu untuk menahan 'damage' yang dikeluarkan oleh SRG.

Bersambung ke game kedua, 'turtle' pertama sekali lagi menjadi kunci utama buat SRG untuk mencari mangsa. Kenji dengan mudah dibunuh oleh Sekysss.

Terlebih yakin dengan dominasi yang dipegang, pemain SRG hilang fokus dan masuk terlampau dalam ke kawasan lawan untuk Team Falcons menumbangkan tiga pemain SRG.

Bagaimanapun, SRG merampas dominasi yang dipegang oleh Team Falcons. Luoyi yang digunakan oleh Stormie tampak menjadi kunci kebangkitan mereka.

Empat pemain dari pasukan Team Falcons tumpas hasil percaturan kemas SRG.

Hanya 17 minit 42 saat diperlukan oleh SRG untuk merobohkan 'base' Team Falcons.