MOONTON Games, syarikat permainan video global di sebalik Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), hari ini mengumumkan kerjasama penting dengan Redd+E dengan melantik agensi media e-sukan dan hiburan berkenaan sebagai penjual rasmi hak siaran bagi semua harta intelek Esports MLBB di Asia Tenggara serta Kejohanan Dunia M7 (M7) -- kejohanan antarabangsa utama anjuran MOONTON Games.
Kerjasama itu merupakan yang pertama seumpamanya untuk MLBB dan mencerminkan nilai komersial yang semakin meningkat serta pengiktirafan global terhadap MLBB sebagai sebuah jenama hiburan sukan yang matang dan bertaraf dunia.
Melalui kerjasama itu, MOONTON Games akan memanfaatkan kepakaran dan rangkaian media global Redd+E yang berpengkalan di Singapura bagi membangunkan model hak siaran yang mampan dan boleh dikembangkan, sekali gus memperluaskan capaian serta nilai komersial MLBB di seluruh dunia.
Redd+E mempunyai rekod prestasi kukuh dengan pelbagai rakan kongsi antarabangsa, termasuk International Paralympic Committee, BLAST Premier, Esports Insider, Badminton Asia, TVRI, Astro/eGG Network, W-Sports Channel, dan Women's Tennis Association (WTA).
Kerjasama itu diumumkan secara rasmi hari ini menerusi satu sidang media yang diadakan bersempena Playoff Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Musim Ke-16 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).