Kejohanan MLB Tigers Grand Slam memasuki hari kedua, dengan kejutan terbesar saingan berlaku apabila dua pemain terbaik tewas!

Bermula dengan cerita sang juara dunia, Izzat Shameer Dzulkeple yang mewakili Greenfinder (A), kali ini digandingkan bersama Mohammad Ikram Mohd Isa dalam acara open pairs.

Greenfinder (A) diberi tentangan sengit daripada pasukan PDRM (C) yang diperkuat kapten skuad negara, Soufi Rusli.

Ternyata penggalaman luas di peringkat antarabangsa disamping mengamit memori emas Sukan SEA Kuala Lumpur di venue keramat itu meningkatkan lagi keterujaannya untuk beraksi pada tahap kemampuan sebenar.

Permainan semakin sengit menuju akhir saingan -- aksi terikat, sama hebat sama handal -- dengan format permainan 5-5-1, kemenangan terpaksa ditentukan dalam pertarungan tie break yang memihak PDRM (C).

"Mereka merupakan pemain yang bertaraf antarabangsa, jadi corak permainan tadi juga merupakan berada di tahap yang lebih tinggi," kata Ikmal.

"Tekanan bertemu mereka itu ada, namun kami hanya mahu menikmati perlawanan ini," kata Izzat.