Persekutuan Boling Padang Malaysia (MLBF) membuat kolaborasi bersama MLB Tigers (MLB) menganjurkan Kejohanan Boling Padang MLB Tigers Grand Slam 2024 11 sehingga 13 Oktober di Bukit Kiara Lawn Bowls Arena, Kuala Lumpur.

Ia merupakan edisi pertama dan buat pertama kali kejohanan ini dianjurkan. MLB Tigers Grand Slam 2024 bakal menganjurkan dua kategori, Open Pairs dan U12 Open Fours.

Majoriti pemain kebangsaan akan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut, termasuk pemain nombor satu dunia, Izzat Shameer Dzulkeple, termasuk pemain nombor dua dunia, Nor Farah Ain Abdullah.

Apa menarik kali ini, buat pertama kali dalam kejohanan tempatan boling padang, ia bakal disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena 801HD.

Saksikan secara langsung Ahad ini bermula pada jam 3:15 petang.

Anda juga boleh strim menerusi YouTube Astro Arena.