MLB Grand Slam: Gandingan pemain kelahiran Johor-Selangor kongsi kisah di sebalik kejuaraan

Ammar Hakim
Oktober 14, 2024 20:41 MYT
Kemeriahan yang berlaku di Bukit Kiara menyaksikan juara open pairs MLB Tigers Grand Slam 2024, Amirul Danial Rahman serta Mohammad Haikal Roslan, berkongsikan apengalaman beraksi dalam edisi kali ini.
Amirul dan Haikal yang mewakili Emerald Ace 'A' menerusi Nadi Arena mendedahkan penampilan mereka kali ini merupakan adalah yang pertama sebagai satu pasukan.
Amirul berkata, "Kemenangan untuk adalah untuk bapa kami kerana mereka mahu kami bergandingan bersama dan akhirnya harapan mereka itu tercapai dan berjaya memastikan kemenangan ini.
"Bapa kami juga pernah bergandingan bersama dan berjaya memenangi apabila beraksi dalam acara open pairs. Jadi kemenangan ini adalah untuk mereka.
Haikal pula berkongsikan, "Sebelum ini, kami sentiasa bersaing sebelum ini dan bermain dalam pasukan negeri. Amirul bermain untuk Johor sementara saya bersama Selangor. Ia merupakan impian ibu bapa kami untuk bergandingan bersama dalam satu kejohanan.
Amirul turut berkongsikan "Bagaimana keserasian kami dicapai adalah menerusi apa yang telah dibentuk ketika bermain dalam kejohanan sebelum ini dan digabungkan sekaligus berjaya."
#boling padang #MLB Tigers Grand Slam
;