HOKI
MJHL 2017: SSBJ beri tekanan kepada SSTMI, MBPJ Tiger
SSBJ Thunderbolt terus mencabar saingan kejuaraan Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2017 selepas berpesta gol mengatasi Politeknik Malaysia 9-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Kuala Lumpur, semalam.
Jurulatih SSBJ Thunderbolt, Lokman Yahaya memuji barisan pemain yang mempamerkan aksi cemerlang berdepan Politkenik Malaysia selepas tujuh daripada sembilan gol yang terhasil adalah daripada gol padang.
Keputusan itu menyaksikan SSBJ kini melakar kemenangan ketiga selepas enam perlawanan sekaligus terus mencabar MBPJ Tiger dan SSTMI Thunderbolt.
Iklan
"Kami sudah menjangkakan tentangan yang sederhana daripada Politeknik. Pemain-pemain telah memberikan yang terbaik," kata Lokman.
SSBJ membuka jaringan menerusi percubaan Faiq Razin pada minit kelima sebelum Amirul Mirza menggandakan jaringan menerusi gol padang minit ke-16.
SSBJ Thunderbolt terus mengganas dan tiga gol dijaringkan dalam masa tiga minit menerusi Ahmad Fauzan Johari, Amirul Mirza dan Faiq.
Arif Sabron meletakkan SSBJ terus selesa sebelum Abdul Syafiq menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti.
Kecemerlangan SSBJ dilengkapkan gol kelapan oleh Muhammad Halif pada minit ke-51 dan Amirul Mirza melengkapkan hatrik untuk gol kesembilan SSBJ pada minit ke-57.
Kemenangan tersebut meletakkan SSBJ Thunderbolt kini di tangga ketiga dengan 12 mata.
Must-Watch Video