Misi terakhir Azroy juarai Litar Batu Kawan

Nadira A. Hamid
November 21, 2023 19:56 MYT
Pemilik Pasukan Honda Yuzy Estremo, Shahrol Yuzy percaya pelumba utamanya dalam kategori CP150, Azroy Hakeem Anuar punyai misi tertunggak di kejuaraan pusingan terakhir Cub Prix, Batu Kawan hujung minggu ini.
Biarpun hasrat untuk kembali jadi juara keseluruhan seperti pada 2021 sudah tertutup, namun Shahrol mahu melihat Azroy mengakhiri musim ini dengan status juara di perlumbaan ke-10.
Shahrol turut memberi bayangan, bakal lakukan sedikit perubahan pada jentera Azroy selepas meneliti potensi pelumba utamanya itu, disamping analisa menyeluruh di litar ikonik tersebut yang cukup sinonim itu.
"Persiapan jentera tiada banyak perubahan. Ada dua enjin terbaharu bakal digunakan Azroy di Batu Kawan. Dah dua kali Azroy menang di sana. Kita ada setting yang baik buatnya di Pulau Pinang. InsyaAllahlah".
"Azroy dapat tempat kedua ni dah tiga tahun. Azroy sentiasa berada dalam level yang terbaik di setiap perlumbaan. Kami tak risau dengan kemampuan dia. And kemampuan pasukan pun, tahun depan persiapan akan bermula lebih awal. Semuanya sudah dirancang lebih awal", kata Shahrol.
;