Skip to main content

Sukan Lain

Misi KRM layak ke Piala Dunia 2013

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-ragbi-krm.jpg
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dalam perancangan untuk membina sebuah pasukan ragbi 15 sebelah di peringkat akar umbi bagi merealisasikan sasaran ke Piala Dunia Ragbi pada 2031.

Presidennya, Datuk Shahrul Zaman Yahya, mengakui proses penyediaan pasukan dalam tempoh 12 tahun itu adalah sukar dan pihaknya perlu membuat persiapan rapi, terutama dalam memastikan program pembangunan melibatkan pemain berusia sembilan hingga 12 tahun menjadi agenda utama persatuan itu.  

“Dalam mesyuarat yang berlangsung selama tujuh jam semalam, kami telah menyatakan misi baru, iaitu menyasarkan pasukan ragbi 15s layak beraksi dalam Piala Dunia 2031.

“Saya akui ia misi yang susah tetapi tidak mustahil. Sekiranya perancangan yang rapi mendapat sokongan semua pihak, saya yakin kami mampu merealisasikannya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Ragbi Kebangsaan 2019, semalam.

Menurutnya, kuota untuk pasukan dari Asia beraksi dalam Piala Dunia hanyalah satu dan kini dikuasai Jepun, maka adalah sukar untuk menyaingi pasukan itu dalam tempoh empat hingga lapan tahun.  

Shahrul Zaman berkata dalam tempoh lapan tahun ini, peluang pasukan kebangsaan​​​​​​ menyaingi pasukan Jepun ​masih sukar dan terlebih dahulu perlu setanding pasukan seperti Hong Kong dan Korea Selatan bagi tempoh itu.

Katanya secara realistik, pasukan yang akan menyarung jersi kebangsaan bagi  Piala Dunia 2031 adalah dalam kalangan bakat-bakat muda ketika ini yang berusia dalam lingkungan sembilan hingga 12 tahun.

Dalam pada itu Shahrul Zaman berkata beliau difahamkan kepimpinan tertinggi Ragbi Asia sedang membuat kertas kerja untuk mencadangkan kepada Ragbi Dunia (World Rugby) bagi menambah  kuota pasukan Asia dalam Piala Dunia Ragbi.

-- BERNAMA

 

Advertisement

Must Watch Video