Skip to main content

Hoki

Misi hidup mati Malaysia rebut slot separuh akhir bertemu Jepun malam ini!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki.jpg
Korea Selatan sah akan mengikut jejak langkah Perancis mara ke separuh akhir bagi saingan Kumpulan A, Kejohanan Piala Negara-Negara 2025 selepas menewaskan Afrika Selatan 1-0 di Stadium Hoki Bukit Jalil, sebentar tadi.

Sementara itu, saingan Kumpulan B pula menyaksikan New Zealand mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan satu lagi pasukan sama ada Malaysia mahupun Pakistan akan ditentukan malam ini.






The Speedy Tigers akan membuat perhitungan berdepan Jepun dan memerlukan kemenangan untuk mara ke separuh akhir, manakala perlu mengharapkan Pakistan tewas kepada New Zealand malam ini.

Saksikan pertarungan sengit itu di Astro Arena saluran 801HD pada jam 9 malam ini dengan skuad kendalian Sarjit Singh akan turun dengan misi wajib menang keatas Jepun.

Advertisement

Must Watch Video