SUKAN LAIN

Misi besar skuad bola sepak pantai di Thailand

Stadium Astro
Adli Aidy
18/03/2025
08:35 MYT
Sponsor Banner
Misi besar skuad bola sepak pantai di Thailand
Skuad bola sepak pantai negara kendalian Mohd Saiful berlepas ke Bangkok, Thailand bagi aksi Piala Asia Bola Sepak Pantai 2025 di Jomtien Arena, Pattaya, Thailand dari 20 sehingga 30 Mac ini.
Harimau Malaya dibarisi 12 pemain untuk mencabar gelaran juara di Thailand, iaitu Khairul Fahmi, Syujak Nasir, Fitrah Mohamad, Norazman Bakar, Faisal Saharudin, Hafizal Alias, Qushairi Assari, Faris Iman, Syarif Manan, Ridhwan Zainal, Zulhairi Ismail dan Akhmal Nizar.
Sebanyak 16 pasukan tampil untuk merebut Piala Asia Bola Sepak Pantai 2025 dan antaranya ialah juara tiga kali dan juara bertahan, Iran.
Untuk rekod, ini adalah kali keempat Malaysia beraksi dalam Piala Asia dan paling jauh, kem negara pernah mara ke suku akhir pada 2019.
Malaysia berdepan cabaran hebat apabila diundi dalam pasukan D bersama dua negara yang pernah bergelar juara, iaitu juara 2006, Bahrain, dan juga juara 2015, Oman.
Perlawanan pertama Malaysia dijadualkan berlangsung pada 21 Mac menentang Bahrain. Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke suku akhir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video