Pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, berkata pihaknya menanjurkan Kejohanan RCB MiniMoto sebagai persiapan untuk memilih bakat yang dapat menembusi MiniGP.
Menurutnya, pelumba akan menjalani sesi latihan di Litar Horizon Beranang pada 12 April ini dan mereka akan memilih 18 pelumba yang benar-benar kompeten untuk menyertai pusingan pertama kejohanan tersebut pada 26 dan 27 April ini di Litar Antarabangsa Sepang.
Dia juga yakin mampu mencapai objektf tersebut dan akui negara memerlukan pelumba pelapis bermula dari sekarang tanpa hanya bergantung kepada nama besar sahaja.
" Sedikit sebanyak memberi peluang buat mereka seawal umur enam tahun dan mengetahui sedikit sebanyak kemahiran perlumbaan.
" Saya berharap program ini dapat dikekalkan dan aktifkan setiap minggu sama ada latihan atau perlumbaan supaya mendapat tarikan yang lebih ramai dari golongan bukan permotoran," katanya.
Sementara itu, pelumba cilik, Wan Ayden Maleeq pula meletakkan Qabil Irfan sebagai idolanya dan kagum dengan kepantasan serta kemahiran tahap tertinggi yang dipamerkan jaguh permotoran negara itu.
" Minat kepada Qabil Irfan sebab kelajuan dan kepantasan yang dipamerkan ketika perlumbaan," katanya.