Sesi pemilihan Kejuaraan RCB Minimoto yang diadakan menyaksikan penyertaan pelumba wanita, sekali gus memupuk perkembangan positif dalam usaha menarik lebih minat pelumba dalam kalangan wanita menceburi sukan permotoran.
Lima pelumba tambahan sudah disahkan bakal menyertai kejohanan tersebut-- antaranya Wan Ayden Maleeq, Wan Faith Mikael, Muhammad Rayyan, Wan Adra Mikayla dan Aariz Aryan.
"Saya mahu lihat semuanya selamat. Saringan sedang dilakukan.
"Mereka mempunyai sedikit pengalaman walaupun pemilihan berjalan dengan latihan asas.
"Ada yang tidak pandai tapi mereka mempamerkan usaha yang bagus," kata Pengurus Pasukan ZK Racing.
Sementara itu, bapa kepada pelumba, Datuk Wan Mohd Muzri, memberi penghargaan setingginya kepada Zulfahmi kerana memberi ruang kepada anaknya menunjukkan potensi sebenar bermula daripada pemilihan sebegini.
Pemilihan pertama menyaksikan seramai 13 pelumba terpilih menjadikan jumlah keseluruhan 17 pelumba yang sudahpun terpilih dengan seorang pelumba mengumumkan penarikan diri.