MiniGP Malaysia Series: Medan perkembangan sukan permotoran

Ammar Hakim
Mei 22, 2024 23:30 MYT
Penganjuran FIM MiniGP Malaysia Series menjadi platform perkembangan sukan permotoran di peringkat akar umbi.
Saingan MiniGP Malaysia Series bakal membuka tirai, menjadi medan buat pelumba-pelumba muda negara membuktikan kemampuan serta ketangkasaan mengendali jentera di litar.
Ketua pegawai eksekutif Petronas SIC, Azhan Shafriman Hanif, berkata, "Petronas SIC memberikan platform yang menyeluruh, memberikan akses untuk fasiliti dan litar buat pelumba cilik negara.
"Daripada kejohanan yang telah dianjurkan telah mempamerkan peningkatan daripada segi penyertaan sementara kualiti barisan pelumba muda negara.
"Daripada segi nilai komersil, terdapat sektor korporat yang masuk sebagai penajaan. Saya berharap lebih banyak sektor korporat untuk turut serta."
Bagi bekas pelumba negara dan juga Pengarah FIM MiniGP Malaysia, Zulfahmi Khairuddin, saingan ini menjadi persiapan pelumba negara untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi.
"Barisan pelumba dalam saingan MiniGP ini memiliki potensi yang besar, ini bakal menjadi persiapan mereka untuk menjalani sesi ujian untuk beraksi dalam saingan Asian Talent Cup.
"10 pelumba dari rantau Asia bakal hadir sebagai penyertaan, dan Qabil Irfan bakal beraksi dalam kategori ini."
Saingan MiniGP Malaysia Series bakal bermula 25-26 Mei di Litar Tangkak, Johor.
#Permotoran #MiniGP #FIM #MiniGP Malaysia Series
;