Pengurus ZK Racing merangkap penganjur kejohanan, Zulfahmi Khairuddin, mengakui saingan sengit bakal berlaku di edisi kali ini, dengan penyertaan 12 pelumba dalam kategori 190 dan 18 pelumba dalam kategori 160.
Lebih menarik, kejohanan tersebut turut menyaksikan penglibatan pelumba dari beberapa negara luar seperti China, Australia, Indonesia dan Singapura, sekali gus menjadi daya tarikan utama buat para peminat sukan permotoran tanah air.
Situasi ini bukan sahaja meningkatkan prestij kejohanan, malah menjadi tanggungjawab besar buat pelumba negara untuk berjuang habis-habisan mempertahankan maruah Malaysia di bumi sendiri.
"Tahun ini kami dapat menarik lebih ramai peserta luar negara. Saya mengharapkan saingan ini berjalan lancar.
"Tahun lalu pelumba Vietnam (Nguyen Minh Tuan) memenangi kategori 160cc.
"Saya harap pelumba Malaysia dapat mempertahankan kejuaraan di tanah air masing-masing. Kami memang galakkan pelumba antarabangsa menyertai siri kejohanan ini tetapi saya harapkan pelumba Malaysia yang akan menang.
"Kategori 110cc (menampilkan) ramai pelumba baru sementara persaingan menarik dalam 160cc yang akan disertai pelumba China yang laju-laju.
"Tetapi kita mempunyai Al-Adam Mikail selaku juara bertahan dan pelumba Malaysia yang lain untuk berikan saingan hebat.
"Untuk kategori 190cc Airel Marzuki, Qabil Irfan, Qayyim Razin dan Adam Aiman yang akan berikan saingan kuat," katanya.