E-SUKAN
Minbappe taruhan Todak dalam e-football selepas MLBB
Organisasi e-sukan gergasi tempatan, Todak, meluaskan divisi gaming apabila membentuk pasukan e-football mobile.
Todak muncul antara pasukan terawal membentuk skuad e-football selepas Homebois turut melakukan perkara sama dalam misi memartabat sukan bola sepak di alam maya.
Seiring tagline yang sinonim dengan pasukan Todak — 'Langgar!', difahamkan barisan kepimpinan tertinggi optimis untuk Malaysia kekal selaku kuasa besar dunia.
Iklan
Ini susulan, pemain taruhan utama Todak, Ahmad Muhaimin Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Minbappe merupakan pemain nombor satu dunia selepas muncul juara di Grand Final FIFAe e-football Mobile 2024 di Riyadh Arab Saudi, tahun lalu.
Selain Minbappe, Todak turut diperkuatkan dengan pemain berbakat seperti Shamsheer Hussain, Muhamad Najmie dan Farish Luzman.
Taruhan terbaru Todak menceburi judul permainan e-football mencerminkan visi dan misi jenama empayar e-sukan terbesar negara itu.
"Saya antara yang memulan sukan e-football kerana permainan ini adalah bola sepak yang difahami ramai orang. Permainan lain agar sukar menarik peminat berbanding sukan ini.
"Kami telah tandatangani kontrak, kami akan sediakan gaming house buat mereka dan perlukan bimbingan jurulatih juga." katanya.
Must-Watch Video