Skip to main content

Sukan Lain

Milo MSSM Olahraga 2025: 'Keropok lekor' sumber kelajuan Izzatul Musfirah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izzatul_1.jpg
Hari keempat saingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia di Perlis menyaksikan pelari sensasi negaraI izzatul Musfirah mengotakan janji untuk mengukuhkan reputasi selaku ratu pecut selepas menambah koleksi pingat emas dengan mengekalkan larian sempurna, kali ini dalam acara 200 meter bawah 18 tahun.

Tahukah anda juadah tradisi Terengganu, keropok lekor mampu menambah kelajuan atlet pecut?

Ini kerana reaksi spontan Olahragawati MSSM 2023, Izzatul Musfirah menimbulkan seribu satu persoalan dia tidak pernah terlepas daripada mengambil juadah kegemarannya dari Pantai Timur itu.

Meskipun perkongsian Izzatul kepada wartawan, Karl Nunis bersifat seloroh namun realitinya Izzatul terus berada di kelas tersendiri jauh meninggalkan pencabar lain.

Terbaru, Izzatul meraih pingat emas dan memecah rekod temasya menerusi kepantasan 24.24 saat.

Peningkatan prestasi Izzatul melangkaui akal fikiran, tiga acara yang disertainya, kesemua berakhir dengan kilauan pingat emas serta lakaran rekod baru temasya.

Rakan sepelatih Izzatul, Nor Aliya Najihah Muda menyambar pingat perak tatkala Siti Norjahera Beliamor melengkapkan kedudukan podium.

Persoalannya, apakah benar keropok lekor membantu Izzatul Musfirah terus pacu kecemerlangan di trek balapan? 

"Saya tiada rahsia, mungkin banyak makan keropok lekor Terengganu membantu saya menang hari ini," katanya.

"Saya sangat gembira saya telah mencipta rekod peribadi terbaik sekali gus menjadi rekod kejohanan. Terima kasih kepada rakan sepasukan dan ahli keluarga yang hadir menyaksikan saya beraksi hari ini."

Advertisement

Must Watch Video