Skip to main content

Sukan Lain

Milo MSSM Olahraga 2025: Dari kecil sudah ke hutan, sungai -- Kuartet 4x400 Sabah sambar emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabah.jpg
Dulu budak kampung, sekarang idola seluruh Sabah!

Kehidupan atlet Sabah berubah 360 darjah sebaik cemerlang di trek balapan.

Kuartet yang dibarisi pelari handalan diketuai Airiel Amani, Mark Joel Primus, Christopher Danny dan Rio Ojela sedang meniti fasa terbaik dalam karier.

Saingan 4x400m (meter) bawah-18 tahun memperlihatkan keazaman luar biasa yang dipersembahkan kuartet Sabah meskipu ketika diasak hebat skuad Sarawak serta Pulau Pinang.

Saingan semakin rancak menuju 80m terakhir apabila kedudukan silih berganti sehinggalah, Rio meningkatkan tempo larian untuk memacu kejayaan emas, penuh makna buat Sabah dengan catatan 3.17.66s. 

"Dari kecil lagi sudah bermain di luar, masuk hutan dan mandi sungai. Masuk ke hutan cari buah-buahan. Terima kasih penyokong yang setia menyokong Sabah hinggan banyak rangkul emas." katanya.

MSS Sabah muncul juara keseluruhan dengan jumlah 58 pungutan pingat dan 19 daripadanya emas.

Selangor ditangga kedua selepas memenangi 47 pingat yang terdiri daripada 18 emas, 14 perak dan 15 gangsa.

Terengganu pula menghuni tempat ketiga selepas meraih sembilan emas, dua perak dan enam gangsa dalam edisi kali ini.
 

Advertisement

Must Watch Video