Skip to main content

Sukan Lain

Milo MSSM Olahraga 2025: Danish Irfan rangkul emas 200m lelaki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tanjung-sprinter.jpg
Hari keempat saingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia di Perlis menyaksikan atlet dari Selangor, Danish Irfan Tamrin, yang berjaya menewaskan wakil negara yang beraksi di Kejohanan Dunia Bawah 20 tahun, Muhammad Syyid Amin Roslan dalam acara 200 meter lelaki.

Sayyid Amin atau lebih dikenali sebagai 'Tanjong Sprinter' merupakan nama yang disebut-sebut, bakal menguasai acara 200 meter edisi kali ini.

Sayyid merupakan juara bertahan MSSM dengan memegang rekod temasya yang dilakukan di Perak tahun lalu.

Namun, tanpa diduga, saingan semakin rancak menuju 50 meter terakhir dengan Danish Irfan menghadirkan tentangan sengit terhadap 'Tanjong Sprinter.'

Malangnya, Sayyid menggalami kecederaan pangkal paha dan terpaksa akur ditinggalkan pencabar lain pada baki saingan.

Menuju 30 meter terakhir, saingan lebih menarik apabila Danish Irfan bijak menggunakan teknik langkah henjutan terakhir dengan harapan memintas pencabar lain dengan perbezaan tipis.

Dan, hasrat tersebut akhirnya menjadi realiti selepas berjaya menjadi pelari pertama melintasi garisan penamat dengan catatan 21.67 saat.

Pingat perak milik Airiel Iskandar dari Johor sementara pingat gangsa diraih Airiel Amani dari Sabah.

Advertisement

Must Watch Video