Skip to main content

Sukan Lain

Milo MSSM Olahraga 2025: Aidil Sazwan, Izzatul Musfirah dinobat Olahragawan, Olahragawati

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mss.jpg
Atlet Majlis Sukan Sekolah (MSS) Selangor, Aidil Sazwan Saidi, diobatkan Olahragawan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025.

Pengiktirafan tertinggi itu diberikan selepas Aidil meraih pingat emas menerusi acara 100m (meter), 200m, 4x100m dan 4x200m.

Ironinya, atlet kelahiran Batu Unjur, Klang memecahkan rekod temasya dalam acara 200m yang berusia 23 tahun selepas mencatatkan catatan masa 23.56s (saat).

"Saya lihat Sabah pasukan yang kuat tak tidak jangka dapat emas, tahun ini dapat pamerkan saya hebat dan raih emas.

"Usain Bolt dan Azeem Fahmi, saya minat dia kerana cara larian dia baik." katanya.






Sementara itu, atlet pecut sensasi negara, Izzatul Musfirah, muncul atlet pertama dalam sejarah 65 tahun penganjuran Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) apabila menjadi penerima Anugerah Olahragawati sebanyak dua kali.

Sensasi Izzatul di MSSM 2023 melayakkan dirinya menjadi penerima gelaran olahragawati pada usia 15 tahun.

Meskipun kecewa gagal mencipta impak pada edisi lalu ekoran kecederaan, namun dia memastikan penampilan terakhirnya di pentas MSSM itu dapat melakar sejarah teragung.

Pelajar SMK Haji Abdul Rahman Limbong, Kuala Terengganu itu membuktikan pelajar dari sekolah harian turut berupaya mencipta kejayaan membanggakan.

Meskipun secara tradisinya majoriti atlet berjaya hadir daripada sekolah sukan, namun, perjalanan Izzatul lain dari yang lain, malah suatu bakat dan kurniaan satu dalam sejuta.

Izzatul turut cemerlang dalam pelajaran dengan meraih 9 A pada Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Advertisement

Must Watch Video