Skip to main content

Sukan Lain

Milo MSSM 2025: Pelari pecut cilik pecah rekod 100m di hadapan Zaidatul Husniah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iridina.jpg
'Bagaikan mimpi', pengalaman sekali dalam seumur hidup itu dilalui Irdina Madihah Mohamed Rafaie.

Siapa irdina madihah? Pelari pecut berusia 12 tahun dari Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati mencipta kejutan terbesar kejohanan apabila memecahkan rekod MSSM dengan catatan  12,97 saat.

Lebih manis, larian emas itu disaksikan sendiri, ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, yang berada di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis.

Paling meninggalkan kesan mendalam buat Irdina Madihah apabila pertemuan bersama Zaidatul Husniah selepas pertandingan.

Momen singkat itu menambahkan keterujaan Irdina Madihah untuk mengekalkan status ratu pecut cilik MSSM dan sudah mula terbayang mengikut jejak langkah Zaidatul Husniah bersama skuad olahraga negara suatu hari nanti.

"Saya sangat berbangga kerana dapat memecahkan rekod dan ia lebih bermakna apabila melakukannya di hadapan Zaidatul," katanya.

"Semoga dapat berlatih dengan kakak 'adik' (nama panggilan Zaidatul)."
Milo

Tenaga Juara Bermula Dari Satu Cawan

Milo bantu kekal bertenaga, dari padang latihan hingga ke detik pecah rekod!


Dapatkan Tenaga Anda

Advertisement

Must Watch Video