Skip to main content

Sukan Lain

Milo Malaysia Breakfast Day terima lebih 75 ribu penyertaan tahun ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

milo.jpg
Tepat pada 7:20 pagi, merupakan 'flag off' terakhir buat Larian Milo Malaysia Breakfast Day 2025 di Taman Darulaman, Jitra, Kedah yang merupakan lokasi terakhir sempena ulang tahun ke-75 Milo Malaysia.

Seramai 5000 peserta menyertai larian hari ini yang menyaksikan penyertaan hampir 75,000 orang ramai yang mengambil  bahagian secara keseluruhan pada tahun ini.

Ia juga turut dihadiri Yang Teramat Mulia Brigadier Jeneral Tan Sri, Dato' Seri Diraja, Tunku Puteri Intan Safinaz, yang menyantuni rakyat Kedah dan bersama-sama memeriahkan acara kali ini.


"Acara Milo Malaysia Breakfast Day diadakan di enam negeri dan hari ini hari terakhir, ia menjadi satu penekanan dalam mesej daripada Milo iaitu menjalankan gaya hidup sihat serta pemakanan seimbang.

"Sarapan sangat penting untuk semua orang memulakan hari serta senaman merupakan gaya hidup penting. Ini bukan acara untuk sehari tetapi mengalakkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang lebih seimbang," katanya.






Sementara itu, bagi Ketua Bahagian Pembangunan Sukan Milo, Lim Kerwin, berkongsikan bahawa sambutan yang ditunjukkan rakyat Malaysia sangat meriah dan dia berasa puas hati dengan kempen kali ini, yang bermula dari Putrajaya sehingga ke Kedah.

Dengan pelan lebih besar tahun depan, kemungkinan Milo akan membawa Milo Malaysia Breakfast Day kembali ke Sabah dan Sarawak juga nanti.

"Sasaran itu kamu cuba dapatkan tetapi matlamat utama adalah mendapatkan tempat baru untuk mengadakan ilo Malaysia Breakfast Day." tambahnya.



Sumber Gambar: Facebook Darulaman Park, Jitra

Advertisement

Must Watch Video