Mike Tyson dedah punca tampar Jake Paul
Ammar Hakim
November 15, 2024 07:40 MYT
November 15, 2024 07:40 MYT
Mike Tyson mengesahkan dia menampar Jake Paul kerana lawannya itu memijak jari kakinya.
Tyson menunggu Paul untuk melakukan pertemuan kali terakhir sebelum pertarungan bermula pagi ini apabila Paul merangkak ke arah Tyson sebelum berdepan dengan legenda tinju itu. Tyson tanpa menunggu lama terus menampar Paul sebelum mengundur bagi mengelak insiden itu menjadi lebih serius.
Mike Tyson bakal berdepan Paul pagi ini, ia bakal disiarkan secara langsung menerusi Netflix.
??BREAKING: MIKE TYSON SLAPS JAKE PAUL FOR GETTING UP IN HIS GRILL DURING FINAL FACE OFF‼️?? #PaulTyson pic.twitter.com/Y8adMKgRvd
— Parry Punch (@ParryPunchNews) November 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya hanya memakai sarung kaki manakala dia memaki kasut," kata Tyson menerusi The New York Post. "Dia dengan sengaja memijak jari kaki saya. Saya mahu memikirkan perkara itu berlaku secara tidak sengaja. Tetapi kini saya berasakan dia merupakan salah satu taktiknya. Saya berada dalam kesakitan jadi saya perlu bertindak."
Salah seorang ahli Tyson pula berkata, "Paul sengaja mencetuskan perkara ini sepanjang masa. Jadi Mike hanya membalas kepada Paul."