SUKAN LAIN
Mike Mahen bakal bersara?
Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, memiliki perancangan untuk bersara daripada dunia bina badan selepas berjaya membolot gelaran juara dunia keenam dalam kariernya di Kejohanan Dunia Bina Badan dan Fizik 2023 di Wonju, Korea Selatan.
Kejuaraan yang dirangkul baru-baru ini dilihat sebagai penutup musim 2023 buat Syarul yang turut mesra disapa Mike selepas berjaya meraih gelaran Juara Asia yang keenam di Nepal pada September lalu.
Datuk Mike Mahen gegar arena bina badan dunia dengan kejuaraan Kejohanan Dunia kali ke-6!!!?????#NadiWeekend #AstroArena pic.twitter.com/q85XgboqqB— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 12, 2023
Dan menerusi sumber Stadium Astro, atlet yang berusia 50 tahun itu kini dalam perancangan untuk menamatkan perjalanannya sebagai atlet bina badan.
Iklan
Bagaimanapun, Mike perlu menjalani perbincangan bersama Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) terlebih dahulu dan bakal membuat pengumuman dalam masa terdekat.
Must-Watch Video