Semalam, semasa bertugas di studio Nadi Arena, saya berpeluang bertemu dengan seorang figura kecil yang luar biasa, Wan Adra Mikayla, seorang pelumba cilik RCB Minimoto Championship berusia 10 tahun yang penuh dengan semangat, bakat, dan cita-cita besar.
Walaupun tubuhnya kecil, Mikayla memiliki jiwa keyakinan tinggi.
Best lepak dengan dia walaupun 10 minit je, cepat masa berlalu. Dan dalam masa hanya tiga bulan, dia berjaya menguasai kemahiran menunggang motosikal yang bersaiz kecil dengan penuh yakin dan kawalan yang mengagumkan.
Mikayla berkongsi yang sebelum ini hanya berpeluang menunggang pushbike! Kecekapan dan keyakinannya di atas motor jelas membuktikan bahawa Mikayla bakal mengharumkan nama negara satu hari nanti apabila dia turut berkongsi minat mengenai sukan bola sepak.
Lebih mengagumkan, Mikayla juga merupakan seorang pelakon! Dalam usia muda ini, dia sudah melangkah ke dalam dua dunia yang mencabar, sukan dan seni lakonan. Baru 10 tahun dah busy dengan persekolahan, latihan motor serta lakonan. Can you imagine?!
Mikayla wajar dijadikan inspirasi kepada ramai lagi anak-anak muda di luar sana. Keberaniannya mencuba perkara baru, keyakinannya mengejar minat, dan semangat untuk terus belajar patut dijadikan contoh.
Oh, you all jangan lupa layan FIM MiniGP Malaysia yang akan berlangsung sebanyak lima pusingan okay! Support bakat muda negara.