Skip to main content

Sukan Lain

MIJO 2025: Prestasi Pemain Malaysia Cemerlang di Hari Pertama

whatsapp-image-2025-08-29-at-5-23-50-pm.jpeg
Hari pertama Malaysia International Junior Open 2025 di Kelab Tanjong puteri Golf Resort menyaksikan persaingan sengit dalam kategori Boys A dan B, dengan wakil-wakil Malaysia menunjukkan prestasi yang membanggakan.

Berdasarkan keputusan semasa, Ammer Aiman Mohd Fauzi dari Malaysia mendahului carta dengan permainan yang sangat konsisten dan tenang. Beliau berjaya menguasai hari pertama dengan catatan skor terbaik 2 di bawah par dan kini berada di kedudukan pertama.

Di tempat T2 (berkongsi tempat kedua), pemain Malaysia, Maverick Chua, turut mempamerkan permainan berkualiti, bersaing rapat dengan Song Chenhao Eric (Hong Kong) dan Kang Geon (Korea Selatan) dengan catatan 1 dibawah Par. Kedudukan ini menunjukkan Malaysia mempunyai dua wakil dalam kelompok Top 3 selepas pusingan pertama.

Ada 2 hari lagi untuk pemain pemain merebut  kejuaraan di MIJO.

Advertisement

Must Watch Video