Skip to main content

Sukan Lain

MIJO 2025 Dirasmikan Meriah di Tanjung Puteri Golf Resort, Johor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

whatsapp-image-2025-08-29-at-3-20-57-pm.jpeg
Kejohanan golf junior paling berprestij rantau ini, Malaysia International Junior Open (MIJO) 2025, telah dirasmikan dengan penuh gemilang semalam di Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, Johor.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zulkifli bin Dato’ Ismail, Setiausaha Agung Persatuan Golf Malaysia (MGA), dengan kehadiran 240 peserta, pengurus pasukan negara, serta kelab dari seluruh rantau Asia Pasifik.

Kejohanan Bertaraf Antarabangsa

Edisi kali ini berlangsung dari 28–31 Ogos 2025 dan menyaksikan penyertaan daripada Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand, Vietnam, China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Australia, India, Hong Kong, Amerika Syarikat (USA), serta wakil pasukan PKNS dan SJDT.

Para pemain bersaing dalam empat kategori umur:
    •    Boys & Girls A (15–18 tahun)
    •    Boys & Girls B (13–14 tahun)
    •    Boys & Girls C (11–12 tahun)
    •    Boys & Girls D (Bawah 10 tahun)

Pasukan Tuan Rumah – Malaysia

Malaysia mempertaruhkan barisan 25 pemain elit NJDP, di bawah kepimpinan Pengerusi NJDP, En. Fauzi Mesran. Kehadiran mereka dijangka memberi impak besar dalam usaha mengangkat nama negara di gelanggang sendiri.

Ucapan Perasmian

Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Zulkifli bin Dato’ Ismail menegaskan kepentingan MIJO sebagai platform pembangunan bakat golf junior:

“MIJO 2025 adalah bukti kesungguhan MGA dalam membina ekosistem golf junior yang kompetitif dan mampan. Ia bukan sahaja medan melahirkan juara, malah membentuk disiplin, karakter dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan pemain muda.”

Semangat Persahabatan Serantau

Majlis perasmian turut diwarnai dengan perarakan pemain dari setiap negara yang mengambil bahagian, mewujudkan suasana penuh warna-warni. Ia sekaligus menjadi simbol persaingan sihat, persahabatan dan kesatuan serantau melalui sukan golf.

Dengan penyertaan meluas dari 15 negara, termasuk Amerika Syarikat, MIJO 2025 di Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang diyakini akan menjadi salah satu kejohanan paling berprestij dalam kalendar golf junior antarabangsa tahun ini.

Di sini lahirnya seorang "LAGENDA"

Advertisement

Must Watch Video