Skip to main content

Gusti

Mick Foley titipkan pesanan sejurus terlepas kemalangan maut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mike-foley.jpg
Bekas bintang utama WWE, Mick Foley, berpesan kepada peminat-peminatnya supaya tidak mengabaikan pemakaian tali pinggang kaledar ketika memandu selepas dia terlepas daripada maut akibat kemalangan. 

Foley yang memegang watak antaranya sebagai Mankind terlibat dalam satu kemenangan di lebuh raya Florida pada awal bulan ini dengan keretanya remuk, mujur dia terlepas daripada sebarang kecederaan serius. 

Dia yang meninggalkan lokasi kejadian dengan sedikit calar dan lebam tetapi dalam keadaan selamat malah terkejut terlepas daripada musibah yang lebih teruk. 

Walaupun dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan, Foley, 59, terus komited dengan tugasannya dan mendapat sokongan moral daripada penggusti lain seperti "The Rock".

"Kalau ada pengajarannya ialah pakailah tali pinggang kaledar demi keselamatan," katanya. 



 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video