Skip to main content

Sukan Lain

MGF gantung seumur hidup Eddie Shuhairi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mgf.jpg
Pesiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Kau Git Kaur, mengambil langkah drastik dengan menggantung seumur hidup Presiden Persekutuan Gimnastik negeri Kedah, Eddie Shuhairie dan menggantung persatuan tersebut daripada menyertai sebarang urusan berkaitan gimnastik selama tiga tahun ekoran tindakan Eddie yang memfailkan injunksi untuk membatalkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tempoh hari.

"Kami berharap mereka akan mengubah struktur persatuan dan MGF sedia membantu. 

"Seharusnya mereka membantu mempromosikan gimnastik bukan menentang MGF," katanya di Nadi Weekend.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Teknikal Gimnastik Artistik, Mohd Faiz Mohd Ameer, menegaskan tujuh atlet terdiri dari tiga wanita dan empat lelaki akan beraksi pada temasya Sukan SEA Thailand, Disember ini.

Pemilihan tersebut dibuat berdasarkan kepada corak persembahan mereka yang sudah melepasi had kelayakan merit.

Bagaimanapun, Sharul Aimy pula masih dalam kecederaaan, namun dijangka pulih sebelum tarikh akhir kelayakan ke temasya dwitahunan itu.

Sasaran keseluruhan pasukan hanya akan diketahui setelah berbincang dengan jurulatih dan mereka sememangnya mendambakan keputusan lebih baik dari kempen lalu di Kemboja 2023 apabila kem negara membawa pulang lima pingat gangsa.

"Ada beberapa lagi kejohanan untuk melepasi penanda aras.

"Ada beberapa atlet juga sedang melalui fasa pemulihan daripada kecederaan," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video