Skip to main content

Sukan Lain

Merentas Desa MSSM: Selangor juara keseluruhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mssm-rentas-desa.jpg
Selangor muncul juara keseluruhan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2019 di Perlis, hujung minggu lalu.

Selangor mengutip 351 mata, Perak muncul naib juara dengan 771 mata maanakala Johor di tempat ketiga dengan 798 mata.

Bagi Perak, pencapaian di tempat kedua itu tetap dianggap satu kejayaan kerana tahun lalu mereka menduduki tempat keempat.

Dalam pertandingan edisi ke-18 selama empat hari di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Arau itu, Perak muncul naib juara kategori lelaki bawah 12 tahun (B-12) dan lelaki B-18 serta tempat ketiga perempuan B-15.

Selangor pula, kecuali kategori lelaki B-12, menyapu bersih kesemua kategori lain, iaitu perempuan B-12, perempuan B-15 dan B-18 serta lelaki B-15 dan B-18.

Sementara itu, Johor muncul juara kategori lelaki B-12, naib juara perempuan B-12 dan B-18 serta tempat ketiga kategori lelaki B-18.

Acara merentas desa merupakan pembuka tirai kalendar program MSSM setiap tahun. 

Advertisement

Must Watch Video