MPL MY
'Mereka tahu Homebois daripada 'budak flat', kini akan mewakili Malaysia'
Pengasas pasukan Homebois, Nureddy Nursal atau lebih dikenali sebagai Daddyhood, menyeru sokongan berterusan daripada Flamebois dan seluruh rakyat Malaysia terhadap sesi jualan produk keluaran mereka.
Ia adalah demi menampung kos serta dana untuk penampilan kedua Homebois di Kejohanan Mid Season Cup (MSC) MLBB 2025 di Riyadh, Arab saudi yang bakal membuka tirai pada Julai ini.
"Kami akan keluarkan banyak baju lagi kerana banyak sokongan daripada rakyat Malaysia yang sayangkan Homebois. Mereka sangat menyokong. Mereka tahu asas penubuhan Homebois daripada Budak flat yang sampai ke tahap ini untuk mewakili Malaysia," katanya.
Iklan
Dia turut meletakkan sasaran lebih tinggi di pentas itu kali ini selepas kejayaan mengejut mara ke suku akhir edisi lalu meskipun hanya hadir menerusi tiket wildcard bersama Selangor Red Giants.OG Esports (SRG.OG) yang muncul juara melalui kelayakan merit.
Walaupun berdepan pelbagai kekangan tahun ini, Daddyhood menyifatkan peluang ini sebagai rezeki terbaik serta anugerah dari Sang Pencipta buat dirinya dan pasukan tercinta.
"Secara realistik kami ingin mencapai lebih daripada suku akhir (tahun lalu0, kali ini kami ingin melebihi sasaran itu tetapi ia bergantung kepada rezeki." tambahnya.
Must-Watch Video