Skip to main content

Sukan SEA

Menembak: Zubair selamatkan maruah kem menembak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

menembak_1.jpg
Memecah dominasi lapan tahun lalu, pemegang pingat gangsa bagi acara 50 meter rifle 3 posisi lelaki, Muhamad Zubair Mohammad, akhirnya menyelamatkan maruah negara di Lapang Sasar Subang, petang tadi.

Di Korat 2007, kontinjen negara pernah menyumbang perak bagi acara itu, namun ia hanya menerusi aksi berpasukan.

Kali ini Malaysia berjaya meraih gangsa, namun cukup untuk menyentuh emosi Zubair yang mengakui dia sudah melewati saat sukar untuk bersaing dengan pihak lawan yang jauh memiliki kredibiliti di pentas tertinggi seperti Thailand dan Vietnam.

Catatan 432.1 mata jelas memberikan kelegaan buat Zubair, sekaligus menyelamatkan kesuraman kem menembak negara pada hari kelima.

"Terima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN), terutama sekali kepada Jungle Gym yang sedia menunggu saya untuk berlatih pada sebelah malam. Kejayaan ini sungguh bermakna buat saya walaupun sekadar meraih gangsa," kata Zubair.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video