Skip to main content

Sukan SEA

Menembak: Zubair butirkan gangsa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

menembak.jpg
Atlet menembak negara, Muhamad Zubair Mohammad, berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia selepas menamatkan saingan 50 meter rifle 3 posisi lelaki dalam aksi di
Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, sebentar tadi.


Dia menamatkan saingan di belakang wakil Thailand, Napis Tortungpanich, serta penembak dari Vietnam, Nguyen Duy Hoang.

Zubair mencatat kutipan 432.1 mata untuk berada di tempat ketiga mengikuti Napis (444.7 mata) dan Duy Hoang (441.9 mata).

"Hampir semua atlet-atlet terbaik dalam acara turun beraksi. Saya sangat bersyukur kerana persiapan-persiapan yang telah disediakan oleh jurulatih berjaya membuahkan pingat gangsa untuk negara," kata Zubair.

Advertisement

Must Watch Video