Wakil 10 meter air rifle wanita negara gagal menymbangkan pingat selepas sekadar berada di kedudukan keempat dan kelima apabila gagal memberikan saingan hebat terhadap wakil dari Singapura.
Kehampaan jelas di wajah Shahera Rahim Raja yang banyak melakukan persediaan sebelum bermulanya Sukan SEA 2017.
Mengharungi kem latihan selama empat minggu di Korea Selatan dan tidak bersama keluarga ketika sambutan hari raya Aidilfitri baru-baru ini, ternyata masih belum mampu membuahkan hasil dalam saingan kali ini.
"Dari mula saya telah membuat yang terbaik dan mahu memenangi pingat. Ia persaingan yang sangat sengit dengan beberapa penembak yang bertaraf dunia dan beraksi di pentas Olimpik," katanya.
Sementara itu, penembak muda negara, Nur Izazi Rosli, juga terlepas peluang untuk mengisi slot tiga terbaik, namun melihat keputusan itu dari sudut positif apabila melakukan penampilan pertama dalam Sukan SEA.
Bersaing dengan wakil Singapura yang merupakan penembak berstatus Olimpik menguatkan lagi semangat Izazi untuk tampil lebih berkesan selepas ini.
Izazi berumur 17 tahun dan akan menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), November depan.
Dia menamatkan saingan dalam acara 10m air rifle wanita di kedudukan keempat menerusi catatan 190.8 mata manakala Shahera di tangga kelima dengan 179.9 mata.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.