SUKAN ASIA 2018

Menembak: Seong Fook mahu terus sumbang bakti

Penulis Jemputan 21/08/2018 | 08:51 MYT
Atlet menembak trap negara, Chen Seong Fook, tetap disambut dengan penuh rasa bangga apabila menjadi atlet pertama tiba di tanah air hari ini dari Indonesia meskipun meraih tempat ke-26 dalam Sukan Asia 2018.
"Saya menganggap pencapaian dalam temasya kali ini biasa-biasa sahaja.
"Ini kerana saya mengharapkan tembakan yang lebih baik lagi.
"Dalam temasya Guangzhou 2010, saya menduduki tangga kesembilan kelayakan. Oleh itu, keputusan kali ini tidak seperti yang diharapkan," katanya.
Seong Fook, 58, merupakan atlet Malaysia paling tua dalam kontinjen Palembang-Jakarta 2010, namun belum bercadang untuk bersara dalam masa terdekat.
"Saya harap tidak. Saya masih menyasarkan rekod kebangsaan.
"Saya berikan tempoh tujuh tahun ini untuk terus memperbaiki kemampuan," ujarnya.
;