Skip to main content

Sukan Asia

Mendayung: Syukri terkilan dengan pencapaian Khairuddin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mendayung.jpg
Jurulatih mendayung negara, Syukri Zaili Zarin, terkilan dengan Muhammad Khairuddin Azwi yang tidak berupaya untuk berada dalam kelompok 10 terbaik Asia menerusi acara single sculls memandangkan dia tahu apa pengorbanan anak buahnya itu dalam persiapan menghadapi Sukan Asia Indonesia ini.

Skuad mendayung bersederhana dalam persiapan mereka dan lebih singkat jika dibandingkan dengan sukan tumpuan.

"Secara peribadinya, saya menyasarkan Khairuddin untuk menduduki tangga ke-10.

"Namun, faktor kekurangan masa dengan tempoh persiapan yang singkat, iaitu selama lima minggu, anak buah saya mampu menempatkan diri dalam kelompok ke-12.

"Dalam penampilan pertamanya dalam Sukan Asia yang bertaraf tinggi ini, kedudukan ke-12 agak boleh dibanggakan," kata Syukri.

Khairuddin menamatkan kempen di Palembang di kedudukan keenam klasifikasi final B dan 12 keseluruhan, menerusi catatan 8 minit 24.49 saat.

Catatan itu jauh lebih baik jika dibandingkan dengan aksi dalam repechage dan saringan yang menyaksikan dia merekod masa 9:17.55s.

Malah, catatannya dalam final itu lebih baik berbanding wakil India yang menamatkan saingan di kedudukan keenam final A.

Atas dasar itu, Syukri berasakan anak buahnya berhak untuk meninggalkan Palembang dengan kenangan lebih manis.

"Dengan kudrat yang ada, saya berpuas hati dengan usaha dan pencapaian hari ini.

"Ini kerana catatan hari ini adalah yang terbaik saya dalam penyertaan kali ini," kata Khairuddin.

Advertisement

Must Watch Video