Skip to main content

Sukan SEA

Mendayung: Skuad negara pertaruh tiga atlet ke Manila

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mendayung.jpg
Skuad mendayung negara yakin bayangan pingat mampu diterjemahkan biarpun hanya mempertaruhkan tiga atlet dalam Sukan SEA Filipina bermula 30 November depan.

Skuad mendayung bakal mempertaruhkan tiga atlet, dengan dua daripada mereka adalah muka baru yang tidak mempunyai pengalaman beraksi dalam temasya besar.

Muhammad Khalis Jasmiad akan bergandingan dengan Mohd Amirul Norhadi yang pernah beraksi dalam Sukan Asia Indonesia 2018 serta Sukan Universiti ASEAN (AUG), Myanmar bagi acara lightweight double scull.

Sementara itu, seorang lagi pendayung negara, Eric Low, yang kini menuntut di Australia, akan beraksi dalam lightweight single scull.

Keputusan Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA) menghantar tiga sahaja atlet tanpa atlet wanita kerana tuan rumah hanya menyenaraikan enam sahaja bagi edisi kali ini.

"Kami menyedari status kewangan tidak mencukupi untuk menghadapi saingan di Manila. Kami memberikan keutamaan kepada tiga atlet bagi Sukan SEA kali ini," kata ketua jurulatih mendayung negara, Mohd Syukri Ajmain.

Kali terakhir mendayung dipertandingkan dalam Sukan SEA 2015 menyaksikan mereka meperoleh satu pingat gangsa menerusi Mazlie Daham dan Mohd Zulfadli Rozali dalam acara berpasangan 1,000 meter.

Malangnya ketika Malaysia menjadi tuan rumah tahun lalu, ia tidak dipertandingkan.

"Selepas Sukan Asia, kami menghadapi saingan AUG serta meneruskan latihan. Saya juga telah dijemput menyertai Kejohanan Asia Tenggara dan buat masa ini persiapan kami berada di tahap terbaik," kata Amirul.

Advertisement

Must Watch Video