Skip to main content

Sukan Asia

Mendayung: Khairuddin akhiri saingan di tangga ke-12

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rowing.jpeg
Atlet mendayung negara, Muhammad Khairuddin Azwi, menamatkan saingan final B di kedudukan terakhir tetapi merekodkan catatan masa terbaik peribadi di pentas Sukan Asia dalam saingan single sculls.

Ini bermakna, berdasarkan klasifikasi keseluruhan termasuk final A, Khairuddin mengakhiri kempen di Palembang dengan kedudukan ke-12 secara keseluruhan.

Tetapi catatan masa 8 minit 24.49 saat yang dilakukannya jauh lebih baik berbanding prestasinya ketika saringan, iaitu 9:17.55s.

Bagi Khairuddin, dia berupaya berbangga dengan penampilan sulungnya dalam temasya ini di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi skuad mendayung negara.

"Saya berpuas hati dengan perlumbaan hari ini. Catatan masa saya adalah yang terbaik dalam Sukan Asia kali ini," kata Khairuddin.
 

Advertisement

Must Watch Video