Skip to main content

Sukan Asia

Mendayung: Amirul akur gagal ke final A

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mendayung.jpg
Atlet mendayung negara, Mohamad Amirul Norhadi, terpaksa akur usahanya masih belum memadai untuk layak beraksi dalam final acara lightweight single sculls meskipun mengakhiri saingan di tempat ketiga pusingan repechage, sebentar tadi.

Selepas berjaya melakarkan rekod peribadi terbaik di sini, Amirul optimis peluangnya ke final A cerah.

Bermula baik pada 1,000 meter yang pertama, Amirul kemudiann semakin perlahan sehingga ditinggalkan jauh pendayung dari Iran dan Uzbekistan.

Akhirnya, dia menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan 8 minit 35.13 saat sementara Shakboz Kholmurzaev (Uzbekistan) dan Mohsen Naghadeh dari Iran meraih slot ke final A.

Meskipun gagal menyamai catatan terbaiknya, 8:00.89s yang dilakukan ketika sesi kelayakan kelmarin, namun dia masih mempunyai satu lagi peluang untuk memperbaiki catatan itu apabila akan beraksi dalam final B, Jumaat ini, bagi menentukan kedudukan tempat ketujuh hingga ke-12.

"Saya menerima keputusan ini. Saya berjaya bersaing dengan wakil Uzbekistan dan Iran dalam 1,000m pertama dan selepas itu saya gagal mengekalkan rentak untuk mengakhiri saingan di tempat ketiga," kata Amirul.
 

Advertisement

Must Watch Video