"Menang RM4.7 juta, saya nak simpan dalam ASB"


Julai 15, 2024 11:53 MYT
Pemain MLBB yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants, Sekyss berkongsi perancangannya selepas beliau dan pasukan menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024, malam tadi.
Sekyss yang turut dinobatkan sebagai Most Valuable Player (MVP) dalam aksi Grand Final, bersyukur dengan kejayaan yang diraih pasukannya dalam kejohanan tersebut.
Dalam sesi perbualan bersama Era, Sekyss berkongsi perancangannya untuk menyimpan hadiah kemenangan tersebut dalam simpanan ASB.
"Saya akan simpan ASB dulu, mungkin dah lama sikit saya nak beli rumah" ujarnya.
Yoodo Selangor Red Giants turut akan beraksi di kejohanan Snapdragon yang akan dilangsungkan kira-kira 2 minggu lagi.
#ESukan #Selangor Red Giants #MLBB MSC 2024